Penjagaan Telefon Bimbit

Pertama:

Kebanyakan telefon bimbit tidak tahan hentakan, tidak kalis air dan tidak kalis habuk. Binaan litar elektronik di dalam semua telefon bimbit adalah amat halus, dan sebarang pendedahan kepada kerpasan, kelembapan dan cecair yang mengandungi mineral boleh menyebabkan hakisan ke atas litar-litar elektronik tersebut.

Kedua:

Pengguna disarankan supaya mengelak daripada mengendalikan telefon bimbit dengan cara kasar, seperti menjatuh atau menghentaknya yang pastinya akan merosakkan papan litar dalaman. Pendedahan kepada tempat berhabuk yang kronik boleh menyebabkan kotoran halus memenuhi ruang-ruang kecil pada permukaan telefon.

Ketiga:

Pengguna dinasihatkan membersihkan telefon bimbit dengan mengelapnya menggunakan kain lembut yang telah dibasahkan sedikit dengan sabun dan air. Namun begitu penggunaan bahan kimia menghakis, pelarut pembersih atau serbuk atau larutan detergen kuat boleh merosakkan telefon bimbit.

Keempat:

Kelasakan sesebuah telefon bimbit juga bergantung kepada ketahanan alat-alat elektronik dan bahan plastik tertentu. Suhu terlalu tinggi akan merosakkan komponen-komponen tersebut. Jika telefon diletakkan di tempat yang terlalu sejuk seperti peti ais atau freezer, kerana apabila telefon itu digunakan semula pada suhu biasa, lembapan (condensation) akan terbentuk di dalam telefon yang pastinya akan merosakkan papan litar elektronik dan merosakkan memori dan fungsi paparan.

Kelima:

Penyelenggaraan bateri dan alat pengecas dengan baik juga amat penting ke arah menjamin prestasi optimum telefon bimbit pengguna. Kedua-dua komponen tersebut juga amat sensitif terhadap suhu sekeliling dan haba.
Jika bateri dicas terlalu lama, ia akan menjadi terlalu panas dan memendekkan hayat bateri, dan prestasinya akan menurun dan jangka standby dan komunikasi akan menjadi lebih singkat.

Tiada ulasan: