YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan cuti umum pada Isnin, 4 September 2017sebagai hadiah kepada seluruh rakyat Malaysia sempena kejayaan besar Malaysia dalam Sukan Sea 2017.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/najib-isytihar-cuti-umum-4-sept-153949
Blog Sekolah Kebangsaan Batu 8
PROGRAM JENDELA UPSR 2017
Tarikh: 27 - 28 Ogos 2017
Kumpulan Sasaran: Murid-murid Tahun 6

Kumpulan Sasaran: Murid-murid Tahun 6
27 Ogos 2017
Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA)
Melihat dan mendengar taklimat tentang Pengurusan Kawalan Pesawat dari Menara Kawalan.
Terima Kasih En Wan Muhaimin b Wan Jamil, Pengarah DCA dengan penerangan panjang lebar dan menarik.
Malaysia Airport Berhad
-Melihat, mendengar taklimat dan memahami perjalanan pengurusan penumpang di lapangan terbang.

Jabatan BOMBA Airport.
-Mendengar taklimat
-Menaiki menara kawalan BOMBA
-Melihat dari dekat jentera pemadam api dan peralatannya yang canggih.
-Beerpeluang menaiki jentera
-Melihat demontrasi gerak kilat BOMBA
Seterusnya, sebelah petang berbengkel di Hotel Darulaman, Jitra
hingga jam 12.00 tengah hari 28 Ogos 2017
Perasmian Penutupan Program disempurnakan oleh
Tn Hj Ishak b Mohd Amin.
Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2017
Tarikh : 16 Ogos 2017
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Hj Ahmad Kasa, SK Batu 8
Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2017
telah berjalan dengan lancar dan penuh gilang-gemilang.
Majlis pelancaran pada hari ini turut mencatat sejarah apabila mencatat penyertaan
paling ramai sejak 20 tahun (disunting daripada ucapan PKKO, Ustaz Md Husin b Md Isa)
Semoga semangat patriotik yang sedaya upaya cuba dipupuk oleh guru-guru dalam
kalangan murid-murid akan terus mekar. Hargailah kemerdekaan.
Negaraku Sehati Sejiwa.
Rombongan ke Zoo Taiping & Cameron Highlands
Majlis Perjumpaan Pegawai PPD dan Warga SELF
Hari Anugerah Cemerlang 2009
Perkhemahan dan Karnival Sukan 2009
Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2009
Aluan Guru Besar

Sekolah sebagai sebuah institusi keilmuan di peringkat asas, perlu menjadikan ilmu sebagai warisan budaya yang kukuh dan sentiasa maju ke hadapan untuk menyambut segata cabaran yang mendatang. Apatah lagi, era masa kini adalah era ICT. Teknologi maklumat memainkan peranan yang amat meluas dalam kehidupan manusia sejagat. Ilmu dalam konteks perkembangan dan kemajuan akan terpinggir jika budaya ICT yang dicanangkan oleh kerajaan tidak diambil berat oleh masyarakat umum khususnya masyarakat pendidik dan para pelajar. Seiring dengan dasar kerajaan yang mahu menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa keilmuan dan sebagai satu cara untuk mempercepatkan penguasaan teknologi maklumat, haruslah disokong dan dinilai secara positif atas dasar keilmuan.
Saya yakin bahawa segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.. Apa yang penting ialah semua pihak di dalam sekolah ini haruslah memainkan peranan yang lebih efektif untuk kecemerlangan pelajar dan Sekolah Kebangsaan Batu 8. Guru-guru perlu bersatu, bersama-sama memikul amanah sebagai pendidik yang bertanggungjawab terhadap profesionalisme pendidikan. Komitmen yang padu akan menjanjikan kejayaan dan kepuasan untuk melihat bangsa Malaysia yang bertanggungjawab dan berbakti untuk Malaysia.
Akhir kata, kepada semua pelajar, anda adalah aset negara dan penerus teraju kepimpinan negara. Jangan biarkan diri anda hanyut bak buih-buih di lautan, hargailah jasa guru dan ibu bapa.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmtullahi Wabarakatuh.
En. Azmi b. Yusoff
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Batu 8
Pencapaian
UPSR 2009
UPSR 2008
MATA PELAJARAN | BIL | A | B | C | A+B+C | % | D | E | D+E | % |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
BAHASA MELAYU PEM | 46 | 20 | 13 | 8 | 43 | 94 | 7 | 2 | 9 | 18 |
BAHASA MELAYU PEN | 46 | 20 | 13 | 8 | 41 | 89 | 7 | 2 | 9 | 18 |
BAHASA INGGERIS | 46 | 20 | 13 | 8 | 33 | 72 | 7 | 2 | 9 | 18 |
MATEMATIK | 46 | 20 | 13 | 8 | 42 | 91 | 7 | 2 | 9 | 18 |
SAINS | 46 | 20 | 13 | 8 | 38 | 83 | 7 | 2 | 4 | 1 |
UPSR 2008
MATA PELAJARAN | BIL | A | B | C | A+B+C | % | D | E | D+E | % |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
BAHASA MELAYU PEM | 50 | 20 | 13 | 8 | 41 | 82 | 7 | 2 | 9 | 18 |
BAHASA MELAYU PEN | 50 | 31 | 6 | 6 | 43 | 86 | 2 | 5 | 7 | 14 |
BAHASA INGGERIS | 50 | 7 | 10 | 15 | 32 | 64 | 11 | 7 | 18 | 36 |
MATEMATIK | 50 | 10 | 11 | 19 | 40 | 80 | 2 | 8 | 10 | 20 |
SAINS | 50 | 8 | 13 | 16 | 37 | 74 | 4 | 9 | 13 | 26 |
Logo & Bendera
LOGO SEKOLAH
Logo sekolah mempunyai dua warna iaitu biru dan kuning. Warna biru mengambarkan perpaduan dan semangat kerjasama antara guru dan murid dan warna kuning melambangkan keluhuran, kebersihan dan kesucian.
Bulatan yang pecah 14 menunjukkan 13 negeri yang terkandung dalam Malaysia dan kerajaan persekutuan.
Obor melambangkan ilmu yang dituntut oleh setiap murid
Cogan kata sekolah : Ilmu Panduan Hidup
Warna kuning melambangkan keluhuran, kebersihan dan kesucian.
Warna hijau melambangkan keyakinan dan semangat perjuangan menuntut ilmu.
Warna biru mengambarkan perpaduan dan semangat kerjasama guru dan murid-murid.

Bulatan yang pecah 14 menunjukkan 13 negeri yang terkandung dalam Malaysia dan kerajaan persekutuan.
Obor melambangkan ilmu yang dituntut oleh setiap murid
Cogan kata sekolah : Ilmu Panduan Hidup
Bendera Sekolah Kebangsaan Batu 8 mengandungi tiga warna berjalur kuning, hijau dan biru. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya dan ditengahnya adalah bendera sekolah.
Warna kuning melambangkan keluhuran, kebersihan dan kesucian.
Warna hijau melambangkan keyakinan dan semangat perjuangan menuntut ilmu.
Warna biru mengambarkan perpaduan dan semangat kerjasama guru dan murid-murid.
Lagu Sekolah
ILMU PANDUAN HIDUP
Sekolahku Sungguh Indahnya
Warisan Anak Bangsa
Sekolah Kebangsaan Batu 8
Sekolahku Yang Tercinta
Pelajaran, Utamakan
Menjana Masa Hadapan
Bina Budi, Bina Pekerti
Menuju Kejayaan
Ilmu Panduan Hidup Kami
Jadi Insan Cemerlang
Kami Berjanji Setia
Berusaha Dan Berjaya
Ilmu Panduan Hidup
Hubungi Kami
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah, boleh hubungi kami di :
Sekolah Kebangsaan Batu 8
06010 Changlun
Kedah
Tel : 04-9244278
Faks : 04-9244278
Emel : skfbl.ppdkp@gmail.com
Sekolah Kebangsaan Batu 8
06010 Changlun
Kedah
Tel : 04-9244278
Faks : 04-9244278
Emel : skfbl.ppdkp@gmail.com
Visi & Misi
Visi Sekolah
Sekolah Kebangsaan Batu 8 akan menjadi sekolah cemerlang dalam semua bidang pendidikan peringkat Daerah Kubang Pasu menjelang 2010
Misi Sekolah
Sekolah Kebangsaan Batu 8 berazam untuk melahirkan individu yang:
- Berkualiti
- Mempunyai semangat daya juang yang tinggi
- Berilmu
- Beriman dan Bertakwa
- Berdedikasi
- Bersahsiah dan berpekerti mulia
- Sentiasa patuh dan taat kepada suruhan agama
Melalui usaha berterusan yang penuh dengan iltizam dan istiqamah yang tinggi oleh semua warga sekolah.
Sejarah Sekolah
Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Batu 8 bermula dengan pembinaan bangunannya pada November 1961. Pembinaannya siap sepenuhnya setahun kemudian iaitu pada tahun 1962 Sekolah ini dibuka pada 19 Januari 1963. Seramai 93 orang murid telah mendaftar iaitu 41 murid lelaki dan 52 orang murid perempuan. Guru Besar pertama ialah En. Zainal bin Mohammad.
Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Rancangan Kemajuan Tanah (Felda) Batu Lapan. Kebanyakan muridnya adalah terdiri daripada anak-anak peneroka dan penduduk kampung berdekatan.
Sekolah ini dibina di atas tanah seluas 4.55 ekar yang dikhaskan oleh Felda. Pembiayaan bangunan ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Terdapat dua buah bangunan asal sekolah ini. Murid-muridnya terdiri daripada orang Melayu dan orang Thai.
Sekolah ini mempunyai sebuah padang permainan yang luas dan amat sesuai untuk mengadakan aktiviti sukan. Ia dikelilingi oleh kawasan perkampungan dan agak jauh dengan jalan raya. Oleh itu murid-murid lebih selesa untuk belajar dan keselamatan mereka lebih terjamin.
Bangunan baru dua tingkat telah didirikan pada tahun 1985 yang mengandungi 4 bilik darjah, sebuah bilik kemahiran hidup dan sebuah bilik makmal sains.
Senarai Staf Sokongan 2010

Pn. Aznita bt. Ahmad
Pembantu Tadbir

Pn. Zuraini bt. Sharif Din
Pembantu Tadbir

Pn. Noraziah bt. Hj. Abdullah
PPM

En. Wan Bakri b. Wan Abu
Pembantu Am Pejabat

Pn. Adzimah bt. Ishak
Pekerja Swasta

Pn. Rojaah bt. Rahim
Pekerja Swasta

En. Abdullah b. Idris
Pekerja Swasta

En. Baharum b. Othman
Pekerja Swasta

En. Ramli b. Husain
Pengawal Keselamatan
Senarai Guru 2010

En. Azmi b. Yusoff
Guru Besar

Tn. Hj. Othman b. Mahmud
PK Pentadbiran

En. Zakaria b. Ahmad
PK HEM

Pn. Rosmawati bt. Shamsudin
PK Kokurikulum

Pn. Zaleha bt. Samsuddin
Guru Kelas 1 Inovatif

Pn. Norlila bt. Zolkifli
Guru Kelas 1 Kreatif

Pn. Noorihan bt. Hj. Abdullah
Guru Kelas 2 Kreatif

Pn. Hazrina bt. Harun
Guru Kelas 3 Inovatif

Pn. Maznah bt. Md. Zin
Guru Kelas 3 Kreatif

En. Mahadzir b. Abd. Hamid
Guru Kelas 4 Inovatif

Pn. Siti Zawiyah bt. Abd. Rahman
Guru Kelas 4 Kreatif

En. Shahidi b. Ibrahim
Guru Kelas 5 Inovatif

Pn. Hayati bt. Mohd. Zuki
Guru Kelas 5 Kreatif

Pn. Salmah bt. Mohd. Nor
Guru Kelas 6 Kreatif

En. Taruna @ Tahar b. Lateh
S/U Peperiksaan

Pn. Yuslina bt. Md. Yatim
S/U JK Pengurusan Sekolah

Pn. Norjanah bt. othman
Guru Pemulihan

Pn. Nasterah bt. Bakar
Guru Bimbingan & Kaunseling

Pn. Nor Asma bt. Baharom
Guru PSS

Pn. Naritashema bt. Samsudin
S/U LDP

Tn. Hj. Md. Husin b. Md. Isa
Guru Data

Tn. Hj.Rafa'ai b. Mohamad
Guru Pendidikan Islam

Ustaz Takhiyaddin b. Hj. Abdullah
Guru Pendidikan Islam

Tn. Hj. Abd. Wahid b. Abd. Rashid
Guru Kemahiran Hidup

En. Khairool Anuar b. Hashim
Guru PJK

Ustaz Fakharuddin b. Ishak
Guru J-QAF

Pn. Siti Rahmat bt. Hj. Kassim
Guru Prasekolah
Langgan:
Catatan (Atom)