Sejarah Sekolah


Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Batu 8 bermula dengan pembinaan bangunannya pada November 1961. Pembinaannya siap sepenuhnya setahun kemudian iaitu pada tahun 1962 Sekolah ini dibuka pada 19 Januari 1963. Seramai 93 orang murid telah mendaftar iaitu 41 murid lelaki dan 52 orang murid perempuan. Guru Besar pertama ialah En. Zainal bin Mohammad.

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Rancangan Kemajuan Tanah (Felda) Batu Lapan. Kebanyakan muridnya adalah terdiri daripada anak-anak peneroka dan penduduk kampung berdekatan.

Sekolah ini dibina di atas tanah seluas 4.55 ekar yang dikhaskan oleh Felda. Pembiayaan bangunan ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Terdapat dua buah bangunan asal sekolah ini. Murid-muridnya terdiri daripada orang Melayu dan orang Thai.

Sekolah ini mempunyai sebuah padang permainan yang luas dan amat sesuai untuk mengadakan aktiviti sukan. Ia dikelilingi oleh kawasan perkampungan dan agak jauh dengan jalan raya. Oleh itu murid-murid lebih selesa untuk belajar dan keselamatan mereka lebih terjamin.

Bangunan baru dua tingkat telah didirikan pada tahun 1985 yang mengandungi 4 bilik darjah, sebuah bilik kemahiran hidup dan sebuah bilik makmal sains.

Tiada ulasan: