Profil Sekolah

SEJARAH SEKOLAH




Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Batu 8 bermula dengan pembinaan bangunannya pada November 1961. Pembinaannya siap sepenuhnya setahun kemudian iaitu pada tahun 1962 Sekolah ini dibuka pada 19 Januari 1963. Seramai 93 orang murid telah mendaftar iaitu 41 murid lelaki dan 52 orang murid perempuan. Guru Besar pertama ialah En. Zainal bin Mohammad.

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Rancangan Kemajuan Tanah (Felda) Batu Lapan. Kebanyakan muridnya adalah terdiri daripada anak-anak peneroka dan penduduk kampung berdekatan.

Sekolah ini dibina di atas tanah seluas 4.55 ekar yang dikhaskan oleh Felda. Pembiayaan bangunan ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Terdapat dua buah bangunan asal sekolah ini. Murid-muridnya terdiri daripada orang Melayu dan orang Thai.
 

Sekolah ini mempunyai sebuah padang permainan yang luas dan amat sesuai untuk mengadakan aktiviti sukan. Ia dikelilingi oleh kawasan perkampungan dan agak jauh dengan jalan raya. Oleh itu murid-murid lebih selesa untuk belajar dan keselamatan mereka lebih terjamin.
Bangunan baru dua tingkat telah didirikan pada tahun 1985 yang mengandungi 4 bilik darjah, sebuah bilik kemahiran hidup dan sebuah bilik makmal sains.





VISI

Sekolah Kebangsaan Batu 8 akan menjadi sekolah cemerlang dalam semua bidang pendidikan peringkat Daerah Kubang Pasu menjelang 2010


MISI

Sekolah Kebangsaan Batu 8 berazam untuk melahirkan individu yang:

1. Berkualiti
2. Mempunyai semangat daya juang yang tinggi
3. Berilmu
4. Beriman dan Bertakwa
5. Berdedikasi
6. Bersahsiah dan berpekerti mulia
7. Sentiasa patuh dan taat kepada suruhan agama


Melalui usaha berterusan yang penuh dengan iltizam dan istiqamah yang tinggi oleh semua warga sekolah.



LOGO SEKOLAH
Logo sekolah mempunyai dua warna iaitu biru dan kuning. Warna biru mengambarkan perpaduan dan semangat kerjasama antara guru dan murid dan warna kuning melambangkan keluhuran, kebersihan dan kesucian.

Bulatan yang pecah 14 menunjukkan 13 negeri yang terkandung dalam Malaysia dan kerajaan persekutuan.

Obor melambangkan ilmu yang dituntut oleh setiap murid

Cogan kata sekolah : Ilmu Panduan Hidup

Tahun 1963/1302 menunjukkan tahun sekolah itu mula dibuka untuk sesi persekolahan.



BENDERA SEKOLAH

Bendera Sekolah Kebangsaan Batu 8 mengandungi tiga warna berjalur kuning, hijau dan biru. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya dan ditengahnya adalah bendera sekolah.

Warna kuning melambangkan keluhuran, kebersihan dan kesucian.

Warna hijau melambangkan keyakinan dan semangat perjuangan menuntut ilmu.

Warna biru mengambarkan perpaduan dan semangat kerjasama guru dan murid-murid.


LAGU SEKOLAH


ILMU PANDUAN HIDUP

Sekolahku Sungguh Indahnya
Warisan Anak Bangsa
Sekolah Kebangsaan Batu 8
Sekolahku Yang Tercinta

Pelajaran, Utamakan
Menjana Masa Hadapan
Bina Budi, Bina Pekerti
Menuju Kejayaan

Ilmu Panduan Hidup Kami
Jadi Insan Cemerlang
Kami Berjanji Setia
Berusaha Dan Berjaya
Ilmu Panduan Hidup