Pengumuman Cuti pada Isnin 4 September 2017

YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan cuti umum pada Isnin, 4 September 2017sebagai hadiah kepada seluruh rakyat Malaysia sempena kejayaan besar Malaysia dalam Sukan Sea 2017.



http://www.astroawani.com/berita-malaysia/najib-isytihar-cuti-umum-4-sept-153949

PROGRAM JENDELA UPSR 2017

Tarikh: 27 - 28 Ogos 2017
Kumpulan Sasaran: Murid-murid Tahun 6

27 Ogos 2017

Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA)
Melihat dan mendengar taklimat tentang Pengurusan Kawalan Pesawat dari Menara Kawalan.
Terima Kasih En Wan Muhaimin b Wan Jamil, Pengarah DCA dengan penerangan panjang lebar dan menarik. 






Malaysia Airport Berhad
-Melihat, mendengar taklimat dan memahami perjalanan pengurusan penumpang di lapangan terbang.








Jabatan BOMBA Airport.
-Mendengar taklimat
-Menaiki menara kawalan BOMBA
-Melihat dari dekat jentera pemadam api dan peralatannya yang canggih.
-Beerpeluang menaiki jentera
-Melihat demontrasi gerak kilat BOMBA


Seterusnya, sebelah petang berbengkel di Hotel Darulaman, Jitra 
hingga jam 12.00 tengah hari 28 Ogos 2017












Perasmian Penutupan Program disempurnakan oleh
Tn Hj Ishak b Mohd Amin.







Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2017





Tarikh    :  16 Ogos 2017
Masa     :   8.00 pagi
Tempat  :   Dewan Hj Ahmad Kasa, SK Batu 8

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2017
telah berjalan dengan lancar dan penuh gilang-gemilang.

Majlis pelancaran pada hari ini turut mencatat sejarah apabila mencatat penyertaan
paling ramai sejak 20 tahun (disunting daripada ucapan PKKO, Ustaz Md Husin b Md Isa)

Semoga semangat patriotik yang sedaya upaya cuba dipupuk oleh guru-guru dalam
kalangan murid-murid akan terus mekar. Hargailah kemerdekaan.

Negaraku Sehati Sejiwa.





Rombongan ke Zoo Taiping & Cameron Highlands


Pada 29 & 30 September 2010 yang lalu, SK Batu 8 telah mengadakan satu rombongan ke Zoo Taiping dan Cameron Highlands. Rombongan tersebut telah disertai oleh pelajar-pelajar Tahun 5 & 6 serta guru-guru pengiring.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2010


Pada 15/09/10 telah diadakan satu jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri bertempat di SK Batu 8.

Majlis Perjumpaan Pegawai PPD dan Warga SELF

Pada 8 Februari 2010 telah diadakan satu majlis perjumpaan antara Pegawai PPD dan warga SELF. Ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan semasa seluruh warga SELF terutamanya dari segi pendidikan. Keempat-empat buah sekolah felda dibawah program SELF berganding bahu menjalankan tugas masing-masing untuk menjayakan majlis tersebut.

Hari Anugerah Cemerlang 2009

Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Oktober 2009 dan di rasmikan oleh Pengurus Felda Batu 8. Kesemua anugerah telah disampaikan oleh Pengurus Felda kepada semua penerima yang berjumlah 150 orang pelajar. Pelbagai acara yang berlangsung ketika program tersebut antaranya persembahan multimedia, persembahan "Action Song" dan persembahan bahasa Arab.

Perkhemahan dan Karnival Sukan 2009

Pada bulan Oktober 2009 telah diadakan perkhemahan selama 3 hari bermula 11-13 Oktober 2009. Kesemua pelajar tahap 2 diwajibkan hadir dan dibantu oleh guru-guru bertugas. Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang perkhemahan tersebut antaranya pertandingan memasak, ceramah motivasi, membina benda dari bahan terbuang dan sebagainya.

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2009

Bertempat di perkarangan SK Batu 8 telah diadakan satu jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri yang telah dihadiri oleh semua warga SK Batu 8. Turut memeriahkan majlis tersebut ialah guru-guru dan pelajar-pelajar dari SJKC Yit Min dan SJKT Changlun. Majlis tersebut telah berjaya menambah dan mengeratkan lagi tali silatulrahim sesama warga setempat.




Aluan Guru Besar

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.

Sekolah sebagai sebuah institusi keilmuan di peringkat asas, perlu menjadikan ilmu sebagai warisan budaya yang kukuh dan sentiasa maju ke hadapan untuk menyambut segata cabaran yang mendatang. Apatah lagi, era masa kini adalah era ICT. Teknologi maklumat memainkan peranan yang amat meluas dalam kehidupan manusia sejagat. Ilmu dalam konteks perkembangan dan kemajuan akan terpinggir jika budaya ICT yang dicanangkan oleh kerajaan tidak diambil berat oleh masyarakat umum khususnya masyarakat pendidik dan para pelajar. Seiring dengan dasar kerajaan yang mahu menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa keilmuan dan sebagai satu cara untuk mempercepatkan penguasaan teknologi maklumat, haruslah disokong dan dinilai secara positif atas dasar keilmuan.

Saya yakin bahawa segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.. Apa yang penting ialah semua pihak di dalam sekolah ini haruslah memainkan peranan yang lebih efektif untuk kecemerlangan pelajar dan Sekolah Kebangsaan Batu 8. Guru-guru perlu bersatu, bersama-sama memikul amanah sebagai pendidik yang bertanggungjawab terhadap profesionalisme pendidikan. Komitmen yang padu akan menjanjikan kejayaan dan kepuasan untuk melihat bangsa Malaysia yang bertanggungjawab dan berbakti untuk Malaysia.

Akhir kata, kepada semua pelajar, anda adalah aset negara dan penerus teraju kepimpinan negara. Jangan biarkan diri anda hanyut bak buih-buih di lautan, hargailah jasa guru dan ibu bapa.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmtullahi Wabarakatuh.

En. Azmi b. Yusoff
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Batu 8

Pencapaian

UPSR 2009
MATA PELAJARANBILABCA+B+C%DED+E%
BAHASA MELAYU PEM46
201384394
72918
BAHASA MELAYU PEN4620138418972918
BAHASA INGGERIS462013833
72
72918
MATEMATIK46201384291
72918
SAINS462013838
837241

UPSR 2008
MATA PELAJARANBILABCA+B+C%DED+E%
BAHASA MELAYU PEM5020138418272918
BAHASA MELAYU PEN503166438625
714
BAHASA INGGERIS507101532
64117
1836
MATEMATIK501011194080281020
SAINS508131637
74
49
1326

Logo & Bendera

LOGO SEKOLAH
Logo sekolah mempunyai dua warna iaitu biru dan kuning. Warna biru mengambarkan perpaduan dan semangat kerjasama antara guru dan murid dan warna kuning melambangkan keluhuran, kebersihan dan kesucian.

Bulatan yang pecah 14 menunjukkan 13 negeri yang terkandung dalam Malaysia dan kerajaan persekutuan.

Obor melambangkan ilmu yang dituntut oleh setiap murid

Cogan kata sekolah : Ilmu Panduan Hidup

Tahun 1963/1302 menunjukkan tahun sekolah itu mula dibuka untuk sesi persekolahan.



BENDERA SEKOLAH


Bendera Sekolah Kebangsaan Batu 8 mengandungi tiga warna berjalur kuning, hijau dan biru. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya dan ditengahnya adalah bendera sekolah.

Warna kuning melambangkan keluhuran, kebersihan dan kesucian.

Warna hijau melambangkan keyakinan dan semangat perjuangan menuntut ilmu.

Warna biru mengambarkan perpaduan dan semangat kerjasama guru dan murid-murid.

Lagu Sekolah

ILMU PANDUAN HIDUP

Sekolahku Sungguh Indahnya
Warisan Anak Bangsa
Sekolah Kebangsaan Batu 8
Sekolahku Yang Tercinta

Pelajaran, Utamakan
Menjana Masa Hadapan
Bina Budi, Bina Pekerti
Menuju Kejayaan

Ilmu Panduan Hidup Kami
Jadi Insan Cemerlang
Kami Berjanji Setia
Berusaha Dan Berjaya
Ilmu Panduan Hidup

Hubungi Kami

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah, boleh hubungi kami di :

Sekolah Kebangsaan Batu 8
06010 Changlun
Kedah

Tel : 04-9244278
Faks : 04-9244278
Emel : skfbl.ppdkp@gmail.com

Visi & Misi

Visi Sekolah

Sekolah Kebangsaan Batu 8 akan menjadi sekolah cemerlang dalam semua bidang pendidikan peringkat Daerah Kubang Pasu menjelang 2010


Misi Sekolah

Sekolah Kebangsaan Batu 8 berazam untuk melahirkan individu yang:
  1. Berkualiti
  2. Mempunyai semangat daya juang yang tinggi
  3. Berilmu
  4. Beriman dan Bertakwa
  5. Berdedikasi
  6. Bersahsiah dan berpekerti mulia
  7. Sentiasa patuh dan taat kepada suruhan agama

Melalui usaha berterusan yang penuh dengan iltizam dan istiqamah yang tinggi oleh semua warga sekolah.

Sejarah Sekolah


Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Batu 8 bermula dengan pembinaan bangunannya pada November 1961. Pembinaannya siap sepenuhnya setahun kemudian iaitu pada tahun 1962 Sekolah ini dibuka pada 19 Januari 1963. Seramai 93 orang murid telah mendaftar iaitu 41 murid lelaki dan 52 orang murid perempuan. Guru Besar pertama ialah En. Zainal bin Mohammad.

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Rancangan Kemajuan Tanah (Felda) Batu Lapan. Kebanyakan muridnya adalah terdiri daripada anak-anak peneroka dan penduduk kampung berdekatan.

Sekolah ini dibina di atas tanah seluas 4.55 ekar yang dikhaskan oleh Felda. Pembiayaan bangunan ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Terdapat dua buah bangunan asal sekolah ini. Murid-muridnya terdiri daripada orang Melayu dan orang Thai.

Sekolah ini mempunyai sebuah padang permainan yang luas dan amat sesuai untuk mengadakan aktiviti sukan. Ia dikelilingi oleh kawasan perkampungan dan agak jauh dengan jalan raya. Oleh itu murid-murid lebih selesa untuk belajar dan keselamatan mereka lebih terjamin.

Bangunan baru dua tingkat telah didirikan pada tahun 1985 yang mengandungi 4 bilik darjah, sebuah bilik kemahiran hidup dan sebuah bilik makmal sains.

Senarai Staf Sokongan 2010



Pn. Aznita bt. Ahmad
Pembantu Tadbir







Pn. Zuraini bt. Sharif Din
Pembantu Tadbir








Pn. Noraziah bt. Hj. Abdullah
PPM








En. Wan Bakri b. Wan Abu
Pembantu Am Pejabat







Pn. Adzimah bt. Ishak
Pekerja Swasta







Pn. Rojaah bt. Rahim
Pekerja Swasta







En. Abdullah b. Idris
Pekerja Swasta







En. Baharum b. Othman
Pekerja Swasta







En. Ramli b. Husain
Pengawal Keselamatan

Senarai Guru 2010


En. Azmi b. Yusoff

Guru Besar







Tn. Hj. Othman b. Mahmud
PK Pentadbiran







En. Zakaria b. Ahmad
PK HEM







Pn. Rosmawati bt. Shamsudin
PK Kokurikulum







Pn. Zaleha bt. Samsuddin
Guru Kelas 1 Inovatif







Pn. Norlila bt. Zolkifli
Guru Kelas 1 Kreatif







Pn. Noorihan bt. Hj. Abdullah
Guru Kelas 2 Kreatif







Pn. Hazrina bt. Harun
Guru Kelas 3 Inovatif







Pn. Maznah bt. Md. Zin
Guru Kelas 3 Kreatif







En. Mahadzir b. Abd. Hamid
Guru Kelas 4 Inovatif







Pn. Siti Zawiyah bt. Abd. Rahman
Guru Kelas 4 Kreatif







En. Shahidi b. Ibrahim
Guru Kelas 5 Inovatif







Pn. Hayati bt. Mohd. Zuki
Guru Kelas 5 Kreatif







Pn. Salmah bt. Mohd. Nor
Guru Kelas 6 Kreatif







En. Taruna @ Tahar b. Lateh
S/U Peperiksaan







Pn. Yuslina bt. Md. Yatim
S/U JK Pengurusan Sekolah







Pn. Norjanah bt. othman
Guru Pemulihan







Pn. Nasterah bt. Bakar
Guru Bimbingan & Kaunseling







Pn. Nor Asma bt. Baharom
Guru PSS







Pn. Naritashema bt. Samsudin
S/U LDP







Tn. Hj. Md. Husin b. Md. Isa
Guru Data







Tn. Hj.Rafa'ai b. Mohamad
Guru Pendidikan Islam







Ustaz Takhiyaddin b. Hj. Abdullah
Guru Pendidikan Islam







Tn. Hj. Abd. Wahid b. Abd. Rashid
Guru Kemahiran Hidup







En. Khairool Anuar b. Hashim
Guru PJK







Ustaz Fakharuddin b. Ishak
Guru J-QAF







Pn. Siti Rahmat bt. Hj. Kassim
Guru Prasekolah