Sekolah sebagai sebuah institusi keilmuan di peringkat asas, perlu menjadikan ilmu sebagai warisan budaya yang kukuh dan sentiasa maju ke hadapan untuk menyambut segata cabaran yang mendatang. Apatah lagi, era masa kini adalah era ICT. Teknologi maklumat memainkan peranan yang amat meluas dalam kehidupan manusia sejagat. Ilmu dalam konteks perkembangan dan kemajuan akan terpinggir jika budaya ICT yang dicanangkan oleh kerajaan tidak diambil berat oleh masyarakat umum khususnya masyarakat pendidik dan para pelajar. Seiring dengan dasar kerajaan yang mahu menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa keilmuan dan sebagai satu cara untuk mempercepatkan penguasaan teknologi maklumat, haruslah disokong dan dinilai secara positif atas dasar keilmuan.
Saya yakin bahawa segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.. Apa yang penting ialah semua pihak di dalam sekolah ini haruslah memainkan peranan yang lebih efektif untuk kecemerlangan pelajar dan Sekolah Kebangsaan Batu 8. Guru-guru perlu bersatu, bersama-sama memikul amanah sebagai pendidik yang bertanggungjawab terhadap profesionalisme pendidikan. Komitmen yang padu akan menjanjikan kejayaan dan kepuasan untuk melihat bangsa Malaysia yang bertanggungjawab dan berbakti untuk Malaysia.
Akhir kata, kepada semua pelajar, anda adalah aset negara dan penerus teraju kepimpinan negara. Jangan biarkan diri anda hanyut bak buih-buih di lautan, hargailah jasa guru dan ibu bapa.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmtullahi Wabarakatuh.
En. Azmi b. Yusoff
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Batu 8
Tiada ulasan:
Catat Ulasan