Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2009

Bertempat di perkarangan SK Batu 8 telah diadakan satu jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri yang telah dihadiri oleh semua warga SK Batu 8. Turut memeriahkan majlis tersebut ialah guru-guru dan pelajar-pelajar dari SJKC Yit Min dan SJKT Changlun. Majlis tersebut telah berjaya menambah dan mengeratkan lagi tali silatulrahim sesama warga setempat.