Profil Sekolah


Sekolah Kebangsaan Batu 8 kini diterajui oleh En. Azmi b. Yusoff, selaku Guru Besar, dibantu oleh Tn. Hj. Othman b. Mahmud (PK Pentadbiran), En. Zakaria b. Ahmad (PK HEM), Pn. Rosmawati bt. Shamsudin (PK Kokurikulum), guru-guru dan staf sokongan. Jumlah staf yang bertugas di sekolah ini seramai 41 orang termasuk 29 orang sebagai guru dan 12 orang sebagai staf sokongan.

Sekolah ini terletak lebih kurang 5 kilometer dari Pekan Changlun. Bilangan pelajar pada tahun 2010 meningkat sedikit berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 300 orang. Kebanyakan pelajar tinggal di kawasan berhampiran seperti Felda Batu 8, Kampung Kepala Kerbau, Kampung Baru dan sebagainya.

Pada tahun 2010 ini, semua warga Sekolah Kebangsaan Batu 8 berazam untuk meningkatkan prestasi dari segi akademik dan ko-kurikulum agar dapat menjadi sekolah contoh di Daerah Kubang Pasu seterusnya di peringkat Kebangsaan.

Insyallah.. Amin..

Tiada ulasan: